Navigation

Kegilaanku dan kecintaanku....

Kegilaanku terhadap mekap!Heeeeee...En.hubby cakap satu pembaziran tapi bila aku tak bersiap salah jugak kan...So oleh kerana aku memang giler tahap dewa dengan barang mekap,aku beli la produk kryolan!!!Ngeee~ Asal yang cantik dipakai,aku tak kira benda alah tu,branded or tak.Beli jer!!!

Produk kryolan bukan senang nak dapat kat pasaran luar sana so aku beli online jer.Senang dan cepat!Tapi cik kak yang jadi dealer tu rupanya duk kat gombak jer....So aku cakap kat cik kak tu,takyah la susah-susah pos,aku ambik je kat umah dia.Bukan jauh benor,10minit je kalo tak sesat!hahahahaha..

Jadi semalam tercapai la sudah hasratku memiliki produk yang 1 tu..Belum pasti lagi tau guna atau tak.Main beli jer!hehehe.,Bagai nak meroyan jugakla bila nampak produk tu dah kat dalam tangan!Tau apply or tak,kedian kira.Janji dah ada mesti kena belajar pakai la kan???

Sebelum ni pernah la dapat produk M.A.C yang mahal tahap gaban tu tapi kulit muka aku bukan gebus cam Dato Siti pun...Mata pun lebam bak mata panda,itu yang terpaksa beli kryolan.Lagipun dah ada sijil mekap u olls,takkan tak reti nak apply pulak.Alaaaa..tempek jer kat muka,janji gebus..hehehehe

Bab eyeshadow memang aku ngaku kalah!Tak reti doe..Tengok orang wat eyes smokey,waaaa aku lak yang nak nangis!!Yela,dorang leh buat,asal aku buat tak pernah jadi?!Geram tau...Beli macam-macam kaler dah ni,cam pelangi dah aku tengok eyeshadow aku tu...Ntah bila masa la nak tempek kat mata ni...

No comments: