Navigation

Muffin coklat cinta (takyah nak cinta sangatla)

Salam semua...

Semalam banyak kerja yang perlu diselesaikan.Kalau bercerita pasal cinta memang takkan habis sampai bila-bila.Sampai hujung nyawa manusia perlukan cinta.

Kali ni aku taknak cerita pasal cinta tapi bercerita tentang muffin coklat yang dipenuhi nikmat cinta,kasih dan sayang sebenar dari aku.Ok tak?Takyah jiwang sangatla kan kat alam maya ni.Takyah nak berlakon sangat kat depan semua orang.Nak tunjuk yang u olls bahagia dengan pakwe atau makwe..Helllloooooooo!!!Belum duduk serumah,belum tidur sebantal dan sekatil lagi bolehla "Baby(fuhh semangat,dah tua-tua pun baby lagi.Yang rasa-rasa nk baby-baby tu,tolong ye,tugas korang tuka pampers untuk baby u olls tu)sayang cayangla,cayang sayang mucuk.Yark!!!

Bila dah sebumbung baru tau perangai masing-masing.Uhhh,rasanya takyah nak menunjuk sangat sayang u olls kat teman lelaki atau teman wanita kat facebook atau twitter sebab buat orang meluat,wekk.wekk..

Haaaa,terasa ke?Suka hati korang la kan nak buat apa pun kat facebook atau twitter korang,hehehehe yeke?Hohoho kalo macam tu,mati esok-esok gali kubur sendiri la wei!Kapankan sendiri.Huhuhu(lasernye i)

Kalo dah "miss u,love u damn much" tetiba tak jadi kahwin???Korang nak cakap apa???Malu tak???Lainla korang jenis yang tak tau malu,hohoho ;)

Kalo tak jadi kahwin,korang bagi alasan takde jodoh.Dah tau belum tentu ada jodoh,janganla duk canang sampai 2 alam(bumi dan maya)Diam-diam sudah.Takyah nak menunjuk cinta,kasih dn sayang korang tu kat sume orang.Orang akan menyampah dan bukan doakan korang bersatu tapi sebaliknya.

Sori la derr,sori la mek.Aku oyak benda yang betul.Sebab aku nasihat.Kalo rasa tak suka kena tegur,gi duk dalam hutan sorang-sorang.Takyah duk dalam masyarakat 1Malaysia ni.

Emmm,layan je la muffin yang aku buat semalam.Resepi Kak Jun dari Terima kasih Kak Jun untuk resepi yang best ni.Tapi Ju lupa beli coklat chips.Jadi muffin coklat je.Tetap sedap.


Sedia untuk dibakar dan 20minit kemudian


Yummyy,korang berlove-love la ye.Aku dan cik hubby kenyang je dengan muffin ni.Tetap love jugak tapi perut kenyang.
Jumpa lagi pada yang suka blog aku.Hehehe salam

Perniagaan HEBAT #1

Salam u olls...

Kali ni nak citer pasal saya pulak la..Kalo dulu kawan-kawan ajak keluar shopping mopping,tengok movie atau bercuti ke mana je mesti saya bagi bermacam-macam alasan.

Bukan taknak ikut tapi "no money,no talk" no money,cannot walk..Takkan nak berjalan atau shopping guna ayaq liur je.Opkos la perlu ada ongkosnya kan.

Saya bukan orang senang,bukan jugak anak orang senang.Pernah makan nasi bubur dengan garam je haaa.Tak percaya??Belah dada,x-ray la hati,hehehe.Betul korang,saya dan keluarga pernah merasa dihina dan dicaci tapi kami perlu dan kena kuat untuk teruskan hidup.

My mummy tak bekerja dan my abah hanya kerja gomen.Berapa sangatla gaji my abah untuk tanggung my adikbradik yang macam 1team pasukan bola sepak tu.Tak caye lagi??12 orang tu u ollsz!!!(amacam my mummy n my abah power tak)Alhamdulillah rezeki tuhan yang kasi.

So my mummy nekad nak tolong my abah,my mummy niaga.Buat kuih apa yang my mummy tau.Alhamdulillah akhirnya saya dah habis sekolah dan datang ke kota besar ni mencari kerja demi membantu keluarga di kampung.

11tahun u olls,saya kat kota besar ni.10 tahun bekerja sebagai kuli makan gaji tapi tak senang-senang jugak,haishhh tak boleh jadi nih!
Alhamdulillah walaupun bergaji kecik tapi saya masih mampu bagi mummy RM200 sebulan.RM200 je???Bagi orang lain,sangatla sikit tapi bagi tangan yang menerima tu,bersyukur sangat.Dengan RM200 tu la saya dapat menyuap beberapa mulut.Alhamdulillah.

Tapi sekarang RM200 dah macam RM80,kecik je jumlahnya.Barang semua dah naik harga tapi gaji tak naik-naik jugak.Haiishhh lagi tak boleh jadi!Adik-adik makin besar dan makin banyak duit nak pakai.

Setelah 10tahun dan pada tahun ke-11 tinggal,bercinta,berkapel bagai dan berkahwin alhamdulillah tuhan tunjukkan saya jalan untuk bantu keluarga.Saya join Network Marketing

Semua orang beranggapan Network Marketing bisnes yang mengkayakan orang atasan (wait,wait,wait,nak tanya u olls.Sekarang u olls keje dengan orang kan?Apa u olls kayakan diri u olls ke?hehehe,lex arr jangan serius sangat.U olls keje dengan orang,makan gaji hanya mengkayakan,menyenangkan orang atasan tau.Tak caya?Kaji balik,gali balik.Orang atasan sedap-sedap je masuk ratus,ribu riban sebulan atau sehari!!!Tapi u ollsz RM2500 je sebulan.Ishh,penatkan u olls kerja perah otak siang malam.Belum lagi nak layan suami @ isteri dan anak-anak)

Tapi tak dengan Network Marketing,U olls nak berapa riban sehari,terpulang pada usaha dan kerajinan u olls.Duit dapat,pangkat pun dapat.

Macam saya,ehem-ehem..Saya join bisnes ni bukan kerana paksaan dari sesiapa pun.Saya yang nak ubah diri saya sendiri.Sape lagi nak ubah kehidupan kita kalo tak diri sendiri,betul tak u olls???

Kalo orang cakap "eh Ju,ko tak nak ke pakai handbeg branded???telan air liur jap sebab tak mampu.Jadi tengok ajer la ye.

Tapi saya bukan jenis macam tu sebab saya dah pernah merasa hidup susah dan kalo boleh taknak keluarga atau anak-anak saya akan datang akan merasai kesusahan seperti saya.Alhamdulillah,dengan join bisnes HEBAT dalam group yang sangat HEBAT di bawah pimpinan leader yang HEBAT opkos la saya jadi HEBAT!!!Like LEADER,Like bisnes partner.

Dan setengah orang pernah ditipu oleh bisnes ini kan?Emmm,sebenarnya bukan silap syarikat.Tapi silap diri sendiri sebab tak mengkaji latar belakang syarikat,tak kaji siapakah LEADERnya.Tak kaji PRODUK yang dikeluarkan oleh syarikat.So salah siapa u olls?Tapi lupakan apa yang dah berlaku.Pengalaman lalu jadikan pengajaran dan jadikan jalan untuk u olls berjaya dengan cemerlang.Bukan berjaya dengan kekayaan.Kalo berjaya dengan kekayaan,itu yang ramai rasa tertipu dengan perniagaan ni.



Saya join bisnes HEBAT ni sebab saya nakkan perubahan dalam hidup saya.Takla orang cakap saya ni asyik macam dulu je.Susah,susah dan susah dari dulu,kini dan selamanya.Kehidupan harus ada perubahan dan peningkatan seiring dengan zaman jugak.Takkan asyik nak bergaji RM2500 sampai sepuluh tahun akan datang.Ooo,saya taknak.Lepas tu makan gaji pulak memangla naik tiap-tiap tahun sampai u olls pencen tapi gaji pun ada limit tahap maksimum kan?



Bukan saya nak pertikaikan kerja di bawah orang atau makan gaji ni teruk.Tak,bukan macam tu.Saya hanya bercakap berdasarkan pengalaman saya dan rungutan teman-teman yang kerja makan gaji.Saya pernah merungut bajet lari,selalu je tak cukup duit sampai hujung bulan bukan sebab saya kaki enjoy,bukan sebab saya kaki shopping tapi sebab saya banyak komitmen dengan gaji yang saya dapat.Rumah,kereta,petrol,makan,minum,mak dan pakai saya.Itu je yang saya buat setiap kali dapat gaji.Simpanan???Takyahla tanya.Memang tak menyempat!Simpan je,mesti keluarkan.



Akhirnya saya dah tak boleh tahan dengan keadaan macam tu setiap bulan,setiap tahun.My bos?Perghhh!!Dah boleh belikan rumah untuk anak-anaknya,wahh,wahh!!gaji aku tak naik-naik gak!!Tak boleh jadi nih kena buat sesuatu jugak!

So saya pilih jalan yang sangat-sangat mudah lagi senang ni.Itu pun selepas mengkaji dan selidik sedalam-dalamnya tentang bisnes ni.Saya selidik jugak kumpulan yang saya nak join dan saya selidik jugak leader saya.Opkos la selidik sebab masa saya nak kerja dulu pun,saya selidik jugak syarikatnya kukuh atau tak.Kalo tak saya tak lama kerja makan gaji ni.

Bila saya dah puas hati saya cuba sendiri produk yang diperkenalkan pada saya.Saya seolah-olah tak percaya dengan apa yang saya dapat dengan harga yang orang cakap mahal tu.Ishh korang ni,servis kereta tiap-tiap bulan paling kurang RM300 tapi diri sendiri tak diservis.Harga kereta akan jatuh sayang oii,jadi besi buruk akhirnya.Tapi diri kita ni kalo sakit ada ke yang nak bantu??No,no,no...

Bersambung nanti ye u olls,banyak lagi yang saya akan kongsikan dengan korang kat sini.Jangan lupa tinggalkan komen dan kalo tak keberatan bolehla follow saya.Klik saje butang follow di sebelah kiri u olls.Tq

Premium Beautiful short bra

PRODUK BARU dari kami!!!



Dapatkan produk terbaru kami sekarang!Dengan hanya...

Small size RM 399

Big siza RM 439

Semua produk PREMIUM BEAUTIFUL diluluskan oleh

Premium Beautiful RM58 permonth??!!

Kenapa perlu bayar lebih dengan Instalment???

Dengan pembayaran melalui CASH,CREDIT CARD atau RHB EASY

Plan RHB Easy


RM 2400 RM1971.60
RM 2600 RM2167.90
Anda boleh jimat RM 400!!!

Dan rebate dari RM150 - RM4500!!!

So pilih rebate yang anda mahu dan hubungi saya segera!

Open house kawan

Malam tadi buat kek nak kasi kawan kebetulan dia wat open house.Kek butter tapi di campur2 cheese dan perisa,hehehe dapat jugak kelainannya.Takla asyik kek coklat je

Kek yang ditambah cheese..


Dan butter kek yang ditambah perisa2 strawbery dan coklat,yummy!!Gebus gitu..


Dapat pujian tetamu kawan..hehe boleh niaga nih!


Hidangan open house,semua best2


Kat sebelah kiri tu,kek i~ ;)


Yang aku suka mee kari,sedappp!

Okla u olls,tengok je la menu2 tu..Sambung nanti,nak makan mee kari jap,daaaaa.
Oh ye,jangan lupa tinggalkan tapak kaki ye.Hehehe..aku tinggalkan kasut je. ;)

Peluang baru

Haisshhh cik hubby ni cam berminat je nak buka bisnes sendiri dekat Cheras ni.

I follow je sebab u je yang tau lokasi,profile company kukuh or tak.Kalo dah berminat teruskan sebab aku pun rasa ok gak,hehehehe.

Yela kan,sampai bila nak jadi kuli orang.Makan gaji je bolehla hidup senang tapi takla kaya.Sape taknak kaya,kalo diberi peluang,ada rezeki insyaallah...Tak cuba tak tau.

Nak buat bisnes kena la berani,berani keluar modal,berani cuba,berani tanggung risiko,berani bertanggungjawab dan usaha.Jangan lupa Allah.hehehe ntah pape ntah aku merepek..heheehe

Takleh nak fikir apa nak tulis sebab sekarang kat tempat orang.Saje je update blog sementara menunggu cik hubby duk bincang dengan orang pasal bisnes.

Okla u olls,jupe lagi,cauuuu... :)

Mood boring

Hai,
Emmm,bosan ler malam macam ni kat umah sesorang.Tengok tb pun asyik tukar-tukar channel je.Emmm...

Mata pun tak ngantok lagi.Tunggu cik hubby balik pas tu keluar ngeteh la,hehehe

Okla u olls,out da...
Daaaaaaa :-* <3 u ollsz!
Published with Blogger-droid v1.7.4

kek kukus pelangi??

Hari ini ntah kenapa aku rasa sangat bosan.Tak pernah rasa macam ni sebelum ni.
Emmm...terfikir apa nak dibuat saat macam ni.Tetiba datang idea (bukan idea pun tapi lidah ni terasa nak makan je) huhuhu

Memang aku suka makan.Makan sikit tapi kerap.Oleh kerana takde pape nak buat,aku buatla kek kukus pelangi,hehehe kelassss sungguh namanya.

Semua bahan dah tersedia di dapur,sukat dan masuk dalam mangkuk mixed kan jer.Mudahkan???

Sebelum mixed bahan tadi,aku panaskanla pengukus atas dapur.Tup,tup,dapurku kehabisan gas!!!!Alamak,dah 8:45 malam,huhuhu nak nangis!!!!

Dengan keadaan kelam kelibutnya aku keluarkan tong gas dari kabinet,hahahaha boleh tahan beratnya tong gas tu..Kalo tunggu cik hubby,lambatla boleh makan kek.Apa lagi,bertukar!!!!!Jadi hulk hijau jap.hehehe

Weeeehhhhhuuuuuu!!!!!Dengan pecutnya pergi kedai dapatkan hajatku.Nasib lerr kedai tak tutup lagi.

Kalo tadi tong yang kosong bolehla ku angkat sendiri tapi tong yang berisi???Masak!!!Dahla keding.Terpandang berat tong 16.4kg.Alaaa,dukung anak buah pun boleh,angkat je la...
Alhamdulillah,dapat jugak keluarkan tong yang berisi dari kereta.

Teruskan misi...Yahoooo!!!Dapat jugak aku siapkan sebiji kek kukus.


Tu haaa...tengah sejukkan atas redai..Tak sabar nak potong sebab kaler-kaler pelangi tu nampak menarik!Huhhhhh,sabar ye sabar sat lagi kita potong dan ngappp!!

Buat kek yang 1 ni takla susah mana.Kukusnya 1jam ajer.Bahan-bahannya pun takla banyak macam kek-kek lain.Kalo buat kek coklat,nak jugak ganache di atasnya.Kalo carrot kek,nak jugak cream cheese di atasnya barula balance rasa kek.

Kek kukus paling senang dan mudah sebab bila dah siap kukus,dah sejukkan terus boleh dihidang.Sekarang kita tengok apa jadi bila kek dah dipotong..

Taaaddddaaaaa!!!!!


Dan...


(malasla nak rotate 2 3kali tetap jadi macam nih)

Dan tunggu apa lagi,jemputla semua ye.U ollsz telan air liur je la.Hehehe,sian korang!!!Jumpa lagi ye,selamat malam.daaaaaaaaaaaaaa :)

Mohsan!!!

Bila kebosanan melanda memang tak boleh buat pape.
Apa-apa pun tak boleh..hmmmm..,


Cuaca pulak seram sejuk gitu..emmm,apa lagi

**lapar la**

Dan....

**mengantuk giler**

Tapi orang pompuan tak digalakkan tido di siang hari nanti badan kembang dan masuk angin!!!


Dah tak tau nak tulis apa bila perasaan bosan tahap gaban melanda.Adoiii

Rasa nak shopping la....lalalalala

**wah,wah,wah**

Kalo tak shopping kita jalan-jalan aje...Cuci mata kasi tak ngantok!
Okla u ollsz,dari aku terus bebel ntah pape,baik aku cauu dulu...hehehe

**daaaa semua**

**hihihi**

Si siput malang

Semalam boring asyik makan nasi aje.Terasa nak tukar menu pulak,kebetulan ada pasar malam kat Prima Damansara,apa lagi start kereta terus ajer tuju ke sana.

Dapatla makan bihun sup 2 paket,hehehehe kuat bebenor makannya(alaaa,makan je sebab sambil makan sambil bersenam)..Bila dah tiba tempat sayur dan ulam-ulaman,nampak pulak si siput.Emmm..teringin nak makan siput sedut masak lomak cili api.

Apa lagi,grab jugak 2paket siput dengan lumpur dan masih bergerak-gerak tu.Geli memang la geli tapi teringin punyer pasal,belasah la.Esoknya nak di masak.

Dah balik umah,aku tak keluarkan siput dari begnya.Kan tak pasal-pasal mencari satu rumah.Cik hubby balik dari kerja,pergi la dapur nak cari makan untuk di makan,ada jugak dengar-dengar bunyi plastik tapi dia ignore je.Nak menanya aku,aku kat bilik maybe dah tido tapi aku tak tido lagi,hehehehe.Dengan muka blur,aku keluar dari bilik dan aku bagitau yang aku beli siput..hehehe

Aku tunjukla kat cik hubby.Cik hubby cakap laaa dia mencari apa yang bunyi tapi perut lapar malas nak meneruskan misi pencarian.

Cik hubby cakap tau ke masak siput tu.Dahla rumit nak dipotong hujungnya lagi.Aku diam ajer.Cik hubby dah siap keluarkan playar untuk aku potong hujung siput esoknya..hehehe..

Alaaaa,ini chef ju la.Tak boleh pun,aku bolhkan.Tak tau,aku tau kan dan tak pernah,aku pernahkan.Hahahaha kalo cakap tak boleh sampai bila tak boleh buat.Cuba la dulu baru tau boleh atau tak.

Hari ini dengan rasa bangganya aku keluarkan siput dari plastik.eeeeeeee..geli la tengok hidup-hidup.Aduhhh.(dalam hati cakap,padan muka!nak sangat cuba kan dah geli)eeee...eee..eeeeeee...Nak mintak tolong sape ni?Takkan nak tunggu cik hubby balik?Tak berasap dapur dan tak makan pulak aku hari ni.

Dengan semangat waja yang tinggi..ceeeewwwwaahhhhh!!!Aku teruskan step ke2.Ketip hujungnya.Alaaaa ada pulak yang nak merayap.Tak leh duk diam-diam ke?Dahla aku geli..ishhhh!

Bila dah settle step 2,nak basuh pulak..Adoiii,geli ya amat.Aku masuk tangan dalam plastik dan basuh siput tu seperti biasa,hehehe takde la rasa lembik-lembik kalo siput tu keluar..

Bila dah siap semua,tinggal nak masuk dalam periuk pulak.Alamak!kesian pulak ko siput.Emmm tapi memang ko makanan aku so tuang je la.Aku mintak maaf ye siput,aku terpaksa.. :)

Malang betul si siput sedut tu.Siap ada bunyi lagi bila masuk dalam kuah lomak cili padi.Dah pun siap!Apa lagi,makanlah!hehehe..

Cik hubby balik awal hari ni,aku tengok laju je makannya.Sedap ye bang???Haaa,tak tau bini abang nak ngerjakan siput tadi macam mana.Macam-macam ragam tau.Sedih pulak kenangkan si siput yang hidup-hidup,aku masukkan dalam periuk,emmm apa boleh buat.


Itula rupa bila dah siap.Memang terangkatla!

Kalo aku masak memang suka letak bawang banyak,letak bahan-bahan banyak.Kalo masakan yang menggunakan santan,tak suka cair-cair.Biar pekat baru sedap!Orang cakap masak memang akan rasa rempah-rempahnya (home made)

Nak masak pape,biar betul-betul masak.Jangan ala kadar ajer sebab penat atau letihnya tak sama.Kalo orang merasa masakan kita dan memuji,memang penatnya tak terasa.Kalo orang makan sikit dah taknak,terasa penat macam lari 1kilometer.

Alang-alang masak biar sedap.Alang- alang makan biar kenyang hehehehe.Kalo ada yang nak resepi bolehla komen kat bawah sini.Sharing is caring,caring is love..
Sampai jumpa lagi wassalam...

Bukan diriku

Rasa dah lama tak update blog.hehehe...Kebizian melanda.Yela kan last week banyak kerja nak dibuat untuk open house raya.Maklum ajer la tukang belinya sorang,tukang sedia bahannya sorang,tukang masaknya pun sorang,tukang tulis blog pun sorang so tak nyempat lerr nak update.

Kalo korang nak tau,syyyyytttttt diam-diam je tau.Menu open house hari tu semuanya baru bagi aku.First time mencuba tapi alhamdulillah semua menjadi dan semua memuji.hehehe...Kalau bagitau mesti orang tak caya aku yang buatkan semua tu.Yela kan,emmm aku ni boleh ke?Aku pun tertanya-tanya jugak,boleh ke?hehehe.Jawapannya SEDAP!!!

Cam tak caya je,5 ekor ayam pencen aku buatkan rendang.Kuah kacang pulak guna 3kilo kacang yang digoreng dengan minyak dan ditumbuk.Tumbuk pakai lesung batu tau,tak main la blend-blend ni,rasa lari..hhehehe...

Lepas tu aku buatkan kuah laksa guna ikan kembung 2kilo.Buatkan sayur lodeh sikit sebab tamunya 1malaysia,ada chinese,ada indian,ada benggali dan orang melayu ofkos la dah merasa menu biasa ni kan.

Oleh kerana jemput tamu 1 malaysia,jadi kena la tunjukkan menu asli raya kita.Dorang makan tambah 3 4pinggan u ollsz!!Aku dan hubby suka giler tengok dorang makan.Hilang rasa penat bila makanan yang kita masak dijamah orang sampai licin periuk.

Emmm,tengah-tengah masak hubby cakap,cukup ke makanan ni,Aduhhhhh....terfikir jugak apa menu lagi nak dibuat ni.Tupp,tupp hubby keluar beli ayam bandar 2ekor lagi,dibuatnya ayam goreng rempah reka sendiri.hehehe,licinnnnn u..

Untuk dessert pulak,aku buatkan 3paket agar-agar buah koktel dan jelly caramel.Resepi caramel tu dari http://rieza-mylovelyjourney.blogspot.com/ sedap dan senang nak buat,tq yer for resipi.

Tapi,aku rasa sangat-sangat rugi sebab tak sempat nak snap pic menu dan tetamu yang datang.Segalanya terlupa gara-gara terlalu bizi.Emmm,tak best bercerita jika takde gambar kan??Yang pasti,majlis kali ni jadikan pengalaman dan panduan untuk hari yang akan datang.

P/s:Jangan lupa abadikan setiap apa yang u ollsz lalui.Kamera mesti sentiasa ada dalam poket.hehehe.

Mutiara bernilai



Apa yang berada di belakang kita

Dan

Apa yang berada di depan kita adalah perkara kecil

Berbanding dengan apa

Yang berada dalam diri kita

Mutiara indah

Kita menjadi apa yang selalu kita lakukan

Maka kecemerlangan bukanlah suatu tindakan

Tetapi.

Suatu TABIAT

Cerita anak saudara

Semalam dah janji nak tunggu gambar baby my sis sama-sama.Hari ini aku tunaikan janji tapi maafla tak banyak gambar yang diterima.hehehe janji ada..

Ini abangnya yang cute bangat!


Si abang versi "girl" :)



Dan baby girl yang baru menjengah dunia semalam






Baby girl yang diberi nama Qaseh Qaisara Aleesya yang bermaksud Kaseh Permaisuri yang dilindungi
Okla u ollsz naik penat upload pic sebab line tenet tak berapa nak cun sangat.Jupe lagi.Wassalam

[ Mutiara yang berharga ]

Kita akan kehilangan kebahagiaan saat kita membandingkan kebahagiaan kita dengan yang lain

Setiap takdir kita adalah ujian,berusahalah menjadi hamba yang sentiasa mencari hikmah di sebalik setiap kejadian

Usah ditanya mengapa kerana jawapannya telah ada.Cuma masanya belum tiba
Pohonlah pada Allah agar diberi kekuatan bagi menangani ujian dan dugaan kerana Allah tidak pernah membebankan hambaNya dengan ujian yang tak mampu ditanggung hambaNya.

Kerana SAYANG dan KASIH Allah tiada batasnya

Ucaplah Alhamdulillah di atas segala kurniaan Allah.

Yang benar itu pada Al-Quran
Yang betul itu pada Al-Sunnah

Percubaanku

Teringat zaman kanak-kanakku.Kerjaku menjaga adik-adik sebab mami ku sibuk mencari duit buat bantu keluarga.Aku seorang anak yang dengar cakap orang tua :)

Tak dibenarkan buat kerja dapur sebab aku memang takde bakat dalam bab masak.Tapi masih kenal garam gula..hehehe..Hingga usia ku memasuki alam sekolah menengah.aku dah tak perlu jaga adik-adik lagi tapi bukan maksudnya aku boleh idup goyang kaki..

Alam sekolah menengah aku membantu mami berniaga,buatkan kuih...Masih segar dalam ingatan mami ku tak kasi aku "klim"(alaa,yg corak tepi karipap tu,setengah orang guna garpu je) karipap sebab coraknya dah tak sama dengan mami punyer corak,hehehe..Yela,jariku ni kurus je.So coraknya jadi kecik la kan..Mami cakap cantik!Tapi tak boleh jual sebab "limited edition" hehehe...Takde la...Tak leh jual ler sebab coraknya tak sama saiz dengan buatan mami ku..

Mami memang cerewet bab corak,cara goreng n struktur kuih...Kalo u ollsz tengok karipap yang ada jual di luar sana,kulitnya nampak cam berbiji-biji atau pecah-pecah,yang tu memang my mummy takkan jual.Memang masuk perut sendiri je la...

Kalo nak jual,biar cantik dipandang orang dan sedap di makan..Bab masak lauk pauk memang bukan kerja aku masa tu sebab mami yang selalu masak.Aku just tolong tengok jer..hahaha

Tapi sekarang bila dah duduk sendiri mesti kena belajar.Kalo tak cam mana nak bagi makan anak-anak dan suami.Kalo suruh masak yang simple-simple tu takde hal la kan,hehehe goreng telur je ;)

Bila dah belajar masak sendiri,timbul pulak minat nak buat macam-macam.Try belajar buat kek,lepas tu try deko kek pulak.Tapi mana boleh lawan kek kat kedai .Makan sendiri bolehla.

Kek ni aku buat time anak tiri yang bongsu tu nak rai hari kanak-kanak kat sekolah dia.Masa ni tak reti menulis lagi.heheehe


Yang ni pulak,buat time anak tiri yg kedua tu nak jamu kawan-kawan kat hostel


Yang ni tempahan kengkawan,simple je


Yang ni pulak buat masa hari raya korban sebab boring duk umah


Dan yang ini,buatkan untuk anak tiri yang bongsu jamu kengkawan dia kat sekolah sempena hari kelahiran dia.2 biji sekali bawak gi sekolah,liciiinnn.Dia sendiri tak sempat makan.Danla rasa sikit.Esok nak buat lagi atas permintaan dia jugak nak jamu kengkawan datang beraya umah..


Itu aje la yang aku boleh buat,itupun masih belajar lagi.1 hari nanti nak berguru dengan idolaku Kak Jun

Wassalam