Navigation

Darjat Seorang Isteri

1)  Isteri Siddiqin
Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri).Apa yang ada disediakan suaminya,dia akan terima dengan penuh malu dan bersyukur.Kalau ada,adalah.Kalau tidak ada ,dia bersabar.Tapi meminta tidak.Apatah lagi yang tidak perlu,kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik,dia lebih suka menolong suaminya.Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin.Golongan ini payah hendak di cari terutama di akhir zaman ini,macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih.Ini adalah perempuan luar biasa.

2)  Isteri Muqarrobin
Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja.Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu,dia menolak dengan baik.Tapi kalau diperlukan pun tidak ada,dia tetap bersabar.Namun dia tidak akan mendesak suaminya.Dia tetap bersabar dengan keadaan itu.Golongan Muqarrobin juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini,di zaman orang memburu dunia,di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.

3)  Isteri Solehin
Isteri yang meminta-minta  kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum,tempat tinggal,kenderaan.Namun kalau suaminya tidak memberi,dia tetap bersabar dan tidak pula menjadi masalah.

4)  Isteri Fasik
Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu tapi yang tidak perlu pun dia suka meminta juga.Kalau diberi pun dia tidak pernah puas-puas,tidak pernah rasa cukup,sudah mewah pun tidak rasa cukup.Kalau tidak diberi menjadi masalah,dia merungut-rungut,marah,sakit hati,merajuk hingga menjadi masalah dalam rumahtangga.Isteri ini selalu sahaja derhaka kepada suami apatah lagi Tuhan.

Semoga Allah menyatukan hati kita,menjadikan kita saling mencintai kerana Dia,sebagaimana dalam hadis yang diriwayatkan oleh Tarmizi,Rasulullah SAW bersabda:

"Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya.Di dalamnya ada orang-orang yang berpakaian dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya.Mereka bukan para nabi atau syuhada'.Para nabi dan syuhada' iri hati kepada mereka.Ketika ditanya para sahabat,Rasulullah menjawab,"Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai kerana Allah,saling bersahabat kerana Allah dan saling berkunjung kerana Allah.

Modal kecil,pulangan besar???

Salam,hai semua...Harap semuanya sihat-sihat belaka..Kalo baca tajuk tu yang sakit boleh jadi sembuh,betul tak?hehehe ~cubit kang~..Jangan setakat baca tajuk,fahami dan fikirkan apa yang akan saya kongsikan kat sini ye.(baca dengan nada garang) :)

Semua orang nak senang,semua orang nak kaya dan berjaya tapi saya nak SANGAT senang,saya nak SANGAT kaya dan SANGAT berjaya!!!Wahh,bersemangat nih~

Semua orang tau dan percaya 9 dari 10 rezeki datangnya dari PERNIAGAAN.Tubuhkan perniagaan sendiri insyaallah u olls akan dapat apa yang u olls nak..Susah???Uhuk,tiada perkara yang mustahil.Makan gaji pun bukan senang,u olls bekerja 10-12 jam sehari.Fikir balik apa yang kita dapat.Kais sebulan,makan sebulan (Mummy Hanis cakap cam ni la tapi memang betul kan??)

Bila cakap mulakan perniagaan sendiri semua mengeluh pasal modal.Nak berniaga mesti ada modal,mesti u olls nak mula dengan modal besar sebab pulangannya pun akan besar.U olls silap!Dalam perniagaan mana-mana pun,modal adalah bergantung kepada kemampuan u olls.Sikit-sikit,lama-lama jadi bukit.Hanya dengan RM30 semua orang mampu.Tak perlu pandai atau skill yang mantap.Hanya perlukan kerajinan,disiplin,kesabaran dan daya juang yang tinggi.

Saya dah dapat pulangannya,anda bila lagi?Tiada siapa pun yang paksa saya sebab saya nekad untuk merubah nasib keluarga saya.Saya pernah hidup susah dan takkan biarkan anak-anak saya akan datang merasa seperti saya.Saya anak orang miskin,saya nak jadikan anak saya,anak orang kaya.

Anda???
Fikir-fikirkan..Kita buat bisnes ni bersama-sama lagi memudahkan u olls.Tak perlu risau macam mana caranya.Hanya set APPOINTMENT dengan saya.Saya akan ke tempat u olls.

Tiada tajuk yang mampu dicipta selain hanya berkongsi rasa

Salam semua..Hari ni taknak kongsi gambar atau tips.Just nak share cerita seorang kawan yang hari ini dia berjaya dengan hidupnya sendiri tanpa bantuan dari sesiapa.Namanya terpaksa saya rahsiakan atas permintaannya sendiri.Saya namakan dia Puan A ajer.

Berkahwin semasa umur beliau masih remaja,saat semua rakan sebaya menikmati "syurga dunia" tapi dah jodohnya sampai awal,beliau redha dan terima dengan hati terbuka.Bukan anak orang senang untuk beliau teruskan cita-cita menjadi seorang yang berjaya.Alhamdulillah dipertemukan jodoh dengan lelaki yang sangat baik dan penyayang.Beliau sangat bersyukur.

Beliau seorang surirumah tangga sepenuh masa dan tiada kemahiran untuk jaminan diri sendiri.Kerja sehari-hari hanya di rumah.Walaupun kerja sebagai surirumah lagi banyak dari kerja pegawai di pejabat.Beliau tak pernah merungut,tak pernah mengeluh.Beliau ikhlas berkhidmat demi keluarga tercinta,untuk anak-anak seramai 3 orang.

Beliau bersyukur walaupun suami hanya bekerja sebagai kerani dengan pendapatan yang tak seberapa,alhamdulillah cukup makan dan pakai cuma tak boleh bersenang lenang bercuti sana sini atau berpakaian jenama seperti sesetengah orang.

Beberapa tahun kemudian,suami beliau dinaikkan pangkat dan dah tentu gaji dinaikkan.Alhamdulillah rezeki dari Allah dan rezeki anak-anak.Rupanya sangkaan beliau panas hingga ke petang,rupanya hujan di tengahari.Rumahtangga yang dulu bahagia,yang dulunya indah dilanda badai oleh perbuatan suaminya sendiri.Suami yang diagung-agungkan sebelum ni berubah laku hanya kerana merasa senang dengan kehidupan selepas dinaikkan pangkat.

Beliau tak menyangka suami sendiri tergamak mengkhianati cinta dan kasih sayang yang beliau curahkan selama ini.Sebelum itu,ada jugak jiran tetangga mengadu perihal suaminya curang tapi beliau tak mudah percaya dengan mulut orang.Suatu hari tuhan maha kaya dan maha adil,beliau ternampak kemesraan suami dengan seorang wanita yang muda,cantik dan sangat bergaya bagi beliau.

Hati terasa dihiris-hiris,jantung bagai ditikam!Tapi beliau tak semudah isteri-isteri lain yang akan buat satu tindakan drastik.Beliau tenangkan hati dan balik ke rumah dengan seribu macam rasa.

Hari demi hari suami beliau makin berubah,makin lupa tanggungjawab terhadap anak isteri.Tahap kesabaran manusia terbatas.Beliau nakkan penjelasan dari suami.

Dan bagai ditusuk pisau,si suami dengan tenangnya mengaku bahawa dia mencintai perempuan lain.Tiada lagi kata-kata yang mampu diucapkam selain memikirkan masa depan anak-anak dan diri sendiri yang selama ini hanya bergantung harap pada suami.

Beliau berdoa siang malam berharap suami berubah dan kembali kepada beliau juga anak-anak.Tapi sampai bila?Atas nasihat seorang rakan baik,beliau nekad untuk berubah demi anak-anak.Alhamdulillah bakat yang tuhan bagi beliau gunakan dengan sebaik-baiknya.

Beliau mengambil tempahan kek,gubahan hantaran dari jiran dan kawan-kawan.Saat diri tiada modal untuk mulakan,beliau tebalkan muka dapatkan deposit dari pelanggan untuk siapkan tempahan kerana diri sendiri tiada simpanan.

Alhamdulillah,sekarang beliau mempunyai bakery sendiri dan dalam proses uruskan perceraian dengan suami.Tiada lagi peluang pada si suami walaupun di hati masih bersisa rasa sayang.

Pesanan beliau kepada saya "usah terlalu bergantung harap pada suami kerana belum tentu suami jadi hak kita selamanya" akan saya simpan kemas dan jadikan panduan untuk diri sendiri.

Bagi saya,para isteri berhak cari pendapatan sendiri untuk bantu suami tapi berpada-pada jangan sampai terabai tanggungjawab terhadap rumahtangga.

Bukan untuk cipta provokasi tapi sekadar berkongsi apa yang saya tau.Bukan niat saya untuk lukakan hati mana-mana pihak.
Wassalam,sampai jupe lagi

Sharing is caring,
Caring is love!

Harmoni rumahtangga

Tips mengambil hati pasangan

Keharmonian rumahtangga terletak di tangan kedua-dua belah pihak suami dan isteri. Jika anda saling memahami dan menghormati antara satu sama lain, insyaAllah rumahtangga anda akan sentiasa aman dan bahagia.
Tips mengambil hati suami
  1. Sentiasa berhias untuk suami. Bersiap dan berhias menunggu kepulangan suami. Sentiasa menjaga kecantikan diri seperti masa berkasih-kasih dahulu.
  2. Memahami hobi suami dan sentiasa memberi dorongan selagi ia memberi manfaat dan menggembirakan suami anda tetapi berbincanglah jika hobi berkenaan terlalu memakan masa untuk anda bersama atau suami anda terlalu boros untuk hobi tersebut.
  3. Menyediakan hidangan dan minuman untuk suami tanpa perlu disuruh
Tips mengambil hati isteri
  1. Memberi hadiah kepada isteri. Walaupun nilainya cuma beberapa ringgit tetapi ia akan dihargai oleh pasangan anda
  2. Memuji masakan isteri anda. Memasak dan menguruskan kerja-kerja rumah adalah pengorbanan yang besar dilakukan oleh isteri anda.
  3. Temankan isteri anda membeli-belah dan memberi pendapat anda apabila diminta
  4. Selalu memeluk dan membelai isteri. Sebelum kahwin haram pegang tangan tapi ramai yang buat, bila lepas kahwin nak sentuh isteri pun susah.
  5. Memuji kecantikan isteri apabila dia berhias. Jangan sekali-kali memuji kecantikan perempuan lain didepannya. Ini akan membuatkan isteri anda berkecil hati dan berasa kekurangan

Dengki dan dendam

Dalam Al-Quran Allah berfirman yang artinya: "Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang di karuniakan Allah kepada sebagian kamu lebih banyak dari sebagian yang lain. (karena) bagi seorang laki-laki ada bagian daripada apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita (pun) ada bagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah yang maha mengetahui segala sesuatu. (An-Nisa: 32). Dendam dalam bahasa Arab di sebut hiqid, ialah "Mengandung permusuhan didalam batin dan menanti-nanti waktu yang terbaik untuk melepaskan dendamnya, menunggu kesempatan yang tepat untuk membalas sakit hati dengan mencelakakan orang yang di dendami". Berbahagialah orang yang berlapang dada, berjiwa besar dan pema 'af. Tidak ada sesuatu yang menyenangkan dan menyegarkan pandangan mata seseorang, kecuali hidup dengan hati yang bersih dan jiwa yang sehat, bebas dari rasa kebingungan dan bebas dari rasa dendam yang senantiasa menggoda manusia. Seseorang yang hatinya bersih dan jiwanya sehat, ialah mereka yang apabila melihat sesuatu nikmat yang diperoleh orang lain, ia merasa senang dan merasakan karunia itu ada pula pada dirinya. Dan apabila ia melihat musibah yang menimpa seseorang hamba Allah, ia merasakan sedihnya dan mengharapkan kepada Allah untuk meringankan penderitaan dan mengampuni dosanya. Demikianlah seorang muslim, hendaknya selalu hidup dengan hati yang bersih dan jiwa yang sehat, rela terhadap ketentuan Allah dan terhadap kehidupan. Jiwanya bebas dari perasaan dengki dan dendam. Karena perasaan dengki dan dendam itu merupakan penyakit hati, yang dapat merembeskan iman keluar dari hati, sebagaimana merembesnya zat cair dari wadah yang bocor. Islam sangat memperhatikan kebersihan hati karena hati yang penuh dengan noda-noda kotoran itu, dapat merusak amal sholeh, bahkan menghancurkannya. Sedang hati yang bersih, jernih dan bersinar itu dapat menyuburkan amal dan dorongan semangat untuk meningkatkan amal ibadah, dan Allah memberkahi dan memberikan segala kebaikan kepada orang yang hatinya bersih. Oleh karena itu, jamaah muslimin yang sebenarnya, hendaknya jamaah yang terdiri dari orang-orang yang bersih jiwanya dan sehat hatinya, yang terdiri di atas saling cinta mencintai, saling kasih mengasihi, sayang menyayangi, yang merata, di atas pergaulan yang baik dan kerjasama yang saling menguntungkan timbal balik, di dalamnya tidak ada seorang yang untung sendiri, bahkan golongan yang semacam ini, sebagaimana di gambarkan dalam Al-Qur'an yang artinya: "Yang orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Anshor), mereka berdoa 'Ya Tuhan kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami, dan janganlah Engkau biarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang beriman, Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau maha penyantun lagi maha penyayang". (Al-Hasyr: 10). Apabila rasa permusuhan telah tumbuh dengan suburnya, sampai berakar, dapat mengakibatkan hilangnya rasa kasih sayang dan hilangnya kasih sayang dapat mengakibatkan rusaknya perdamaian. Dan jika sudah sampai demikian, maka dapat menghilangkan keseimbangan yang pada mulanya menjurus kearah perbuatan dosa-dosa kecil, dan akhirnya dapat mengarah kepada dosa-dosa besar yang mengakibatkan turunnya kutukan Allah. Perasaan iri hati karena orang lain memperoleh nikmat kadangkala dapat menimbulkan khayalan yang bukan-bukan sampai membuat-buat kedustaan. Islam membenci perbuatan demikian dan memperingatkan jangan sampai terjerumus kedalamnya. Mencegah adanya ketegangan dan permusuhan, menurut Islam merupakan ibadah yang besar, sebagaimana sabda Nabi saw yang artinya: "Maukah aku beritahukan kepadamu perkara yang lebih utama dari puasa, shalat dan shadaqoh?, Jawab sahabat: "Tentu mau". Sabda Nabi saw: "yaitu mendamaikan di antara kamu, karena rusaknya perdamaian di antara kamu adalah menjadi pencukur yakni perusak agama". (HR. Abu Daud dan Turmudzi). Syaitan kadangkala tidak mampu menggoda orang-orang pandai untuk menyembah berhala, tetapi syaitan sering juga mampu menggoda dan menyesatkan manusia, melalui celah-celah pergaulan dengan cara merusak perdamaian diantara mereka itu sendiri, sehingga dengan hawa nafsunya yang tidak terkendalikan, mereka tersesat dan tidak mengetahui hak-hak Tuhannya, bagaikan menyembah berhala. Di sinilah syaitan mulai menyalakan api permusuhan di hati manusia dan jika api permusuhan itu telah menyala, ia senang melihat api itu membakar manusia dari zaman ke zaman, sehingga turut terbakarnya hubungan dan segi-segi keutamaan manusia. Kita harus mengetahui bahwa manusia itu berbeda-beda tabiat dan wataknya, berbeda-beda kecerdasan akal dan daya tangkapnya. Karena itu dalam pergaulan dan pertemuan di lapangan kehidupan, kadangkala mereka membuat kesempatan yang mengakibatkan perselisihan dan permusuhan. Maka Islam telah memberikan cara penanggulangan mensyari'atkan penepatan akhlak yang baik, yang membuat hati mereka luluh dan sarat berpegang kepada kasih sayang. Dan Islam melarang memutuskan hubungan dan berbantah-bantahan. Memang kita sering merasakan seolah-olah kejelekan itu dilemparkan kepada kita, sehingga kita sering tidak mampu mengendalikan perasaan dan kejengkelan kita, yang apabila fikiran kita sempit, maka timbullah niat untuk memutuskan hubungan dengan si pemeluknya. Tetapi Allah tidak rela perbuatan yang demikian. Memutuskan hubungan sesama muslim dilarang, sebagaimana sabda nabi saw yang artinya: "Janganlah kamu putus hubungan, belakang membelakangi, benci membenci, hasut menghasut. Hendaknya kamu menjadi hamba Allah yang bersaudara satu sama yang lain (yang muslim) dan tidaklah halal bagi (setiap) muslim mendiamkan saudaranya lebih dari tiga hari". (HR. Bukhori dan Muslim). Dalam hadits ini dinyatakan batas tiga hari, karena pada waktu tiga hari kemarahan sudah bisa reda, setelah itu wajib bagi seorang muslim, untuk menyambung kembali hubungan tali persaudaraannya dengan saudara-saudaranya sesama muslim, dan membiasakan perilaku yang utama ini. Karena putusnya tali persaudaraan ini tak ubahnya seperti awan hitam atau mendung apabila telah di hembus angin, maka hilanglah mendungnya dan cuacapun menjadi bersih dan terang kembali. Ringkasnya, hendaknya orang-orang yang mempunyai penyakit hati, seperti rasa dendam, iri hati, dan dengki selalu ingat bahwa kekuasaan Allah mengatasi segala kekuasaan. Dan hendaklah ia ingat, bahwa harta benda dan kedudukan yang bersifat duniawi itu selamanya tidak kekal. Paling jauh dan lama, sepanjang hidupnya saja, bahkan mungkin sebelum itu. Dalam Al-Quran Allah berfirman yang artinya: "Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang di karuniakan Allah kepada sebagian kamu lebih banyak dari sebagian yang lain. (karena) bagi seorang laki-laki ada bagian daripada apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita (pun) ada bagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah yang maha mengetahui segala sesuatu. (An-Nisa: 32). Oleh Abbas Shofwan Matla'il Fajr

Cantiknya seorang wanita bila.....



Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkanlah kata-kata kebaikan.

Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.

Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing,bagikanlah makanan dengan mereka yang kelaparan.

Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.

Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian.

Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain. Perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali,dan diampuni.

Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda. Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa. Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terulur.

Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain.

Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakan, bukan pada bentuk tubuh, atau cara dia menyisir rambutnya.

Kecantikan wanita terdapat pada mata, cara dia memandang dunia. Karena di matanya terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.

Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajah. Tetapi pada kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta dia berikan. Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.

Kecantikan wanita ada pada sikap lembutnya, yang terpancar dari keihlasan hati dalam merawat dan menjaga keluarga “Wanita yang cantik Adalah Wanita yang bisa menjaga harga dirinya

Rindu Ini

Bila rindu kembali menjengah,
Menyusup datang melalui sekeping gambar,
Begitu terasa bibirku bergetar,
Begitu terasa kakiku makin longlai.
Ku lihat pada jari-jemariku,
Menggigil dalam bahang tengah hari,
Ku sentuh pada bibirku,
kering mengelupas,
Ku letakkan tangan pada dadaku,
Degupannya menjadi deras.
Ku lihat wajahku dalam refleksi,
Warnanya pucat membiru,
Tiada kilauan dalam mata,
Tiada cahaya pada wajah.
Hanya kelesuan jelas kelihatan.
Yang lain menggelar rasa ini 'cinta',
Lalu mereka hairan aku menolak 'cinta',
Tapi aku pasti ianya adalah 'petaka' ,
kerana rindu ini rindu yang memusnahkan,
Rindu ini rindu yang mencemarkan,
Kerana rindu ini rindu yang tidak halal untukku,
Kerana rindu ini boleh mengundang dosa.

Dahulu,
Jika rindu yang sama bertandang,
Akulah insan paling bahagia.

Kini,
Jika rindu yang sama bertamu,
Akulah insan paling sengsara.
Aku tak mahukan rasa ini,
Aku tak mahukan rindu ini.
Rindu ini yang dahulu telah melalaikanku dari mengingati-Mu,
Rindu ini yang dahulu menghalangku dari kemanisan beribadat kepada-Mu,
Rindu ini yang dahulu membutakan mataku dari melihat jalan-Mu,
Rindu ini yang dahulu membinasakan cinta suci hamba-Mu.

Rabbi,
Jangan kau benarkan rindu ini menggigitku,
kerna aku takut dihinggapi virus cinta buta.

Rabbi,
Jangan kau biarkan rindu ini menghantuiku,
kerna aku takut pada bayangannya,
Kerna ku tahu jatuh cinta itu,
Hanya bisa pada Tuhan,
Kerna ku tahu nafsu ini,
Sering membawa ke arah kejahatan,
Yang datang dari godaan syaitan.

Rabbi,
Ku mohon,
Jauhkanlah aku dari 'petaka' rindu ini,
Hadirkanlah aku pada cinta-Mu,
Cinta yang kekal dan abadi.
>_<>_<

Mutiara Bernilai

Dunia sangat sarat perhiasan
:
keindahan
:
nafsu syahwat
:
dan
:
kelazatan
:
inilah ujian dan cubaan hakiki bagi manusia

p/s : sharing is caring,caring is love,muah!!!

Kisah Dongeng??

Assalamualaikum tak jawab dosa,jawab sayang..ahaks!!(tetiba gediks)

Macam dah lama tak berblogging,hikhikhik...Malas leertuw!Hari ni pun takde mood nak menaip tapi nak nyanyi je buley tak?Kita nyanyi cama-cama yer..

Kisah dongeng (Stacy)
Ku sedar,ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah
Dari diri ini


Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk
Dia yang sudi


Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerna rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela


Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta
Sebegitu hanya
Kisah dongeng saja


Belum pernahku merasakan
Dipeluk dalam dakapan eratnya melindungi
Jiwa rapuh ini


Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati




















Ewah,ewah...kemain lagi touching!Siap bayangkan cinderella lagi tu!
Curlaaasss ko jah!
Jupe lagi,daaaaa

Tingginya darjat suami

"Tidak jatuh keegoan seorang suami jika sekali-sekala meminta maaf dengan isteri dan mahu menerima pandangan isterinya secara berdepan.Semua ini akan lebih meninggikan darjat suami" kata Ustazah Datin Hjh Rusmiati Harun.

Katanya,seorang isteri pula akan merasai satu nikmat yang paling besar dalam hidupnya apabila suami tahu menghargai dan menghormati dirinya."Dia akan lebih bersungguh mencurah bakti kepada suaminya" jelasnya lagi.

Majlis pertunangan Siti Fathiyah (01/10/2011)

Kenal tak Siti Fathiyah?Alaaa pelakon cantik manis,cute miut dalam drama Hani TV3 tu

Ni dia


Sweet kan?


Tantek sangat!Orang cantik,di sentuh pulak oleh tangan ajaib,hehehe makin bertambah-tambahla kecantikkan tu.


Manyak munge-munge. wahh!!aku pulak yang xcited bagai nih! :)


Kat sebelah tu tunangnya,sama cantik,sama padan...Diam-diam je dah tunang.
Tahniah Fath!Akak doakan ikatan ni hingga ke jinjang pelamin dan kekal hingga hujung nyawa ye.Dan bertambah rezeki dalam bidang seni.Amin...

Tips.,tips,tips

1) Nak panjang pendek-pendekkan,nak pendek panjang-panjangkan
bermaksud...kalo nak hubungan suami isteri tu berpanjangan,kalau gaduh ke hape ke...pendekkan rajuk...buangkan marah..cepat berbaik semula

2) Sekiranya berada di tepi pantai (kebetulan pantai tu tempat matahari naik @ terbenam)
saat pasangan anda duduk...apa kata lorekkan bentuk hati di sekeliling tempat anda duduk.Auw!

3) Bercuti berdua-duaan...pasti ramai yang tak berapa nak gemar kalau bercuti tanpa anak-anak..tapi kekadang dapat 'refresh' kembali hubungan suami isteri

4) Beri bunga (beri bunga untuk suami,ok hape) tapi kalo suami tak suka bunga..beri benda lain pun boleh

5) Ajak pasangan anda lepak-lepaking kat cafe atau cofee house...macam first dating dolu-dolu..

6) Tinggalkan nota ringkas,lekatkan pada cermin solek saat anda tinggalkan rumah..tak semestinya I Love U,atau I Miss U

7) Kalo jalan berdua..pegang tangan dan jangan lupa peluk pinggang tau..ahaks!

8) Penting nih-nak eratkan hubungan suami isteri,digalakkan peluk pasangan anda selama 30saat (lagi lama,lagi bagus..wuhuuu!)

9) Setiap kali lepas solat,doakan la hubungan anda DIERATKAN,SEERAT-ERATNYA..biasanya kita selalu doakan kebahagiaan keluarga dan dipanjangkan jodoh ajer

10)Semasa memasak atau bancuh air-kalimah YA WADUD (YANG PENGASIH) adalah salah satu Asmaul Husna kita ucapkan berkali-kali seakan-akan sebati dengan masakan kita tadi

11)Ayat terakhir ALI IMRAN (lebih kurang gini : YA AIYYUHALLAZI NA'AMANUSSBIRU WASOBIRU WAROBITU WATTAQULLAHALA'ALLAKUM TUPSIRUN) sila rujuk AL-QURAN untuk bacaan yang betul.Lafazkan banyak kali sambil pejam mata dan bayangkan muka orang-orang yang kita sayang,suami dan anak-anak...Atau semasa mereka sedang tidur,kita bacakan dan hembuskan pada ubun-ubun mereka yang sedang nyenyak tu

---Sekadar berkongsi---

Alahai nasibku


Dunia tidak pernah menjanjikan kehidupan atau cinta
Anda harus mengusahakannya sendiri
Semua orang dapat melakukan apa pun bila ia PERCAYA dan MENGINGINKANnya

MILIKIlah IMPIAN yang BESAR
Maka anda akan JAUH OPTIMIS dalam menjalani HIDUP
-Ayu Cipto yudho