Navigation

Kembali bersiaran

Assalamualaikum...Sangat lama tidak bersiaran..Hampir meletak jawatan dalam menulis blog kerana waktu selalu mencemburui saya,cewahh!!
Diharapkan masih ada yang sudi membaca tulisan saya disini..Mesti ada yang tertanya-tanya ke mana tuan blog ni menghilangkan diri (ada ke yang bertanya? :P ) Biar saya berterus-terang,sebenarnya saya sibuk mengasah bakat dan skill dalam dunia baking.Mencuba bermacam-macam benda baru,harap menjadi seperti idola saya
Saya adalah peminat dalam diam kak Azlita.Sangat mengkagumi kerja-kerja kak Azlita.Sangat halus,kreatif dan penerangan kak Azlita dalam setiap resepi sangat terperinci.Saya yang langsung tak ada asas mendeko kek boleh buat sebiji kek seperti dijual di kedai setelah mengikuti setiap langkah dan arahan dari blog kak Azlita (ececece puji diri sendiri nampak)
Maaf,saya dah berkali-kali cuba memuat naik gambar-gambar tapi tak berjaya.
Kita stop sampai sini dulu ye,next time sambung dengan gambar-gambar yang memikat kalbu.
Wassalam.