Navigation

Percubaanku

Teringat zaman kanak-kanakku.Kerjaku menjaga adik-adik sebab mami ku sibuk mencari duit buat bantu keluarga.Aku seorang anak yang dengar cakap orang tua :)

Tak dibenarkan buat kerja dapur sebab aku memang takde bakat dalam bab masak.Tapi masih kenal garam gula..hehehe..Hingga usia ku memasuki alam sekolah menengah.aku dah tak perlu jaga adik-adik lagi tapi bukan maksudnya aku boleh idup goyang kaki..

Alam sekolah menengah aku membantu mami berniaga,buatkan kuih...Masih segar dalam ingatan mami ku tak kasi aku "klim"(alaa,yg corak tepi karipap tu,setengah orang guna garpu je) karipap sebab coraknya dah tak sama dengan mami punyer corak,hehehe..Yela,jariku ni kurus je.So coraknya jadi kecik la kan..Mami cakap cantik!Tapi tak boleh jual sebab "limited edition" hehehe...Takde la...Tak leh jual ler sebab coraknya tak sama saiz dengan buatan mami ku..

Mami memang cerewet bab corak,cara goreng n struktur kuih...Kalo u ollsz tengok karipap yang ada jual di luar sana,kulitnya nampak cam berbiji-biji atau pecah-pecah,yang tu memang my mummy takkan jual.Memang masuk perut sendiri je la...

Kalo nak jual,biar cantik dipandang orang dan sedap di makan..Bab masak lauk pauk memang bukan kerja aku masa tu sebab mami yang selalu masak.Aku just tolong tengok jer..hahaha

Tapi sekarang bila dah duduk sendiri mesti kena belajar.Kalo tak cam mana nak bagi makan anak-anak dan suami.Kalo suruh masak yang simple-simple tu takde hal la kan,hehehe goreng telur je ;)

Bila dah belajar masak sendiri,timbul pulak minat nak buat macam-macam.Try belajar buat kek,lepas tu try deko kek pulak.Tapi mana boleh lawan kek kat kedai .Makan sendiri bolehla.

Kek ni aku buat time anak tiri yang bongsu tu nak rai hari kanak-kanak kat sekolah dia.Masa ni tak reti menulis lagi.heheehe


Yang ni pulak,buat time anak tiri yg kedua tu nak jamu kawan-kawan kat hostel


Yang ni tempahan kengkawan,simple je


Yang ni pulak buat masa hari raya korban sebab boring duk umah


Dan yang ini,buatkan untuk anak tiri yang bongsu jamu kengkawan dia kat sekolah sempena hari kelahiran dia.2 biji sekali bawak gi sekolah,liciiinnn.Dia sendiri tak sempat makan.Danla rasa sikit.Esok nak buat lagi atas permintaan dia jugak nak jamu kengkawan datang beraya umah..


Itu aje la yang aku boleh buat,itupun masih belajar lagi.1 hari nanti nak berguru dengan idolaku Kak Jun

Wassalam

No comments: