Navigation

Showing posts with label kek. Show all posts
Showing posts with label kek. Show all posts

kek kukus pelangi??

Hari ini ntah kenapa aku rasa sangat bosan.Tak pernah rasa macam ni sebelum ni.
Emmm...terfikir apa nak dibuat saat macam ni.Tetiba datang idea (bukan idea pun tapi lidah ni terasa nak makan je) huhuhu

Memang aku suka makan.Makan sikit tapi kerap.Oleh kerana takde pape nak buat,aku buatla kek kukus pelangi,hehehe kelassss sungguh namanya.

Semua bahan dah tersedia di dapur,sukat dan masuk dalam mangkuk mixed kan jer.Mudahkan???

Sebelum mixed bahan tadi,aku panaskanla pengukus atas dapur.Tup,tup,dapurku kehabisan gas!!!!Alamak,dah 8:45 malam,huhuhu nak nangis!!!!

Dengan keadaan kelam kelibutnya aku keluarkan tong gas dari kabinet,hahahaha boleh tahan beratnya tong gas tu..Kalo tunggu cik hubby,lambatla boleh makan kek.Apa lagi,bertukar!!!!!Jadi hulk hijau jap.hehehe

Weeeehhhhhuuuuuu!!!!!Dengan pecutnya pergi kedai dapatkan hajatku.Nasib lerr kedai tak tutup lagi.

Kalo tadi tong yang kosong bolehla ku angkat sendiri tapi tong yang berisi???Masak!!!Dahla keding.Terpandang berat tong 16.4kg.Alaaa,dukung anak buah pun boleh,angkat je la...
Alhamdulillah,dapat jugak keluarkan tong yang berisi dari kereta.

Teruskan misi...Yahoooo!!!Dapat jugak aku siapkan sebiji kek kukus.


Tu haaa...tengah sejukkan atas redai..Tak sabar nak potong sebab kaler-kaler pelangi tu nampak menarik!Huhhhhh,sabar ye sabar sat lagi kita potong dan ngappp!!

Buat kek yang 1 ni takla susah mana.Kukusnya 1jam ajer.Bahan-bahannya pun takla banyak macam kek-kek lain.Kalo buat kek coklat,nak jugak ganache di atasnya.Kalo carrot kek,nak jugak cream cheese di atasnya barula balance rasa kek.

Kek kukus paling senang dan mudah sebab bila dah siap kukus,dah sejukkan terus boleh dihidang.Sekarang kita tengok apa jadi bila kek dah dipotong..

Taaaddddaaaaa!!!!!


Dan...


(malasla nak rotate 2 3kali tetap jadi macam nih)

Dan tunggu apa lagi,jemputla semua ye.U ollsz telan air liur je la.Hehehe,sian korang!!!Jumpa lagi ye,selamat malam.daaaaaaaaaaaaaa :)

Percubaanku

Teringat zaman kanak-kanakku.Kerjaku menjaga adik-adik sebab mami ku sibuk mencari duit buat bantu keluarga.Aku seorang anak yang dengar cakap orang tua :)

Tak dibenarkan buat kerja dapur sebab aku memang takde bakat dalam bab masak.Tapi masih kenal garam gula..hehehe..Hingga usia ku memasuki alam sekolah menengah.aku dah tak perlu jaga adik-adik lagi tapi bukan maksudnya aku boleh idup goyang kaki..

Alam sekolah menengah aku membantu mami berniaga,buatkan kuih...Masih segar dalam ingatan mami ku tak kasi aku "klim"(alaa,yg corak tepi karipap tu,setengah orang guna garpu je) karipap sebab coraknya dah tak sama dengan mami punyer corak,hehehe..Yela,jariku ni kurus je.So coraknya jadi kecik la kan..Mami cakap cantik!Tapi tak boleh jual sebab "limited edition" hehehe...Takde la...Tak leh jual ler sebab coraknya tak sama saiz dengan buatan mami ku..

Mami memang cerewet bab corak,cara goreng n struktur kuih...Kalo u ollsz tengok karipap yang ada jual di luar sana,kulitnya nampak cam berbiji-biji atau pecah-pecah,yang tu memang my mummy takkan jual.Memang masuk perut sendiri je la...

Kalo nak jual,biar cantik dipandang orang dan sedap di makan..Bab masak lauk pauk memang bukan kerja aku masa tu sebab mami yang selalu masak.Aku just tolong tengok jer..hahaha

Tapi sekarang bila dah duduk sendiri mesti kena belajar.Kalo tak cam mana nak bagi makan anak-anak dan suami.Kalo suruh masak yang simple-simple tu takde hal la kan,hehehe goreng telur je ;)

Bila dah belajar masak sendiri,timbul pulak minat nak buat macam-macam.Try belajar buat kek,lepas tu try deko kek pulak.Tapi mana boleh lawan kek kat kedai .Makan sendiri bolehla.

Kek ni aku buat time anak tiri yang bongsu tu nak rai hari kanak-kanak kat sekolah dia.Masa ni tak reti menulis lagi.heheehe


Yang ni pulak,buat time anak tiri yg kedua tu nak jamu kawan-kawan kat hostel


Yang ni tempahan kengkawan,simple je


Yang ni pulak buat masa hari raya korban sebab boring duk umah


Dan yang ini,buatkan untuk anak tiri yang bongsu jamu kengkawan dia kat sekolah sempena hari kelahiran dia.2 biji sekali bawak gi sekolah,liciiinnn.Dia sendiri tak sempat makan.Danla rasa sikit.Esok nak buat lagi atas permintaan dia jugak nak jamu kengkawan datang beraya umah..


Itu aje la yang aku boleh buat,itupun masih belajar lagi.1 hari nanti nak berguru dengan idolaku Kak Jun

Wassalam