Navigation

Tiada tajuk yang mampu dicipta selain hanya berkongsi rasa

Salam semua..Hari ni taknak kongsi gambar atau tips.Just nak share cerita seorang kawan yang hari ini dia berjaya dengan hidupnya sendiri tanpa bantuan dari sesiapa.Namanya terpaksa saya rahsiakan atas permintaannya sendiri.Saya namakan dia Puan A ajer.

Berkahwin semasa umur beliau masih remaja,saat semua rakan sebaya menikmati "syurga dunia" tapi dah jodohnya sampai awal,beliau redha dan terima dengan hati terbuka.Bukan anak orang senang untuk beliau teruskan cita-cita menjadi seorang yang berjaya.Alhamdulillah dipertemukan jodoh dengan lelaki yang sangat baik dan penyayang.Beliau sangat bersyukur.

Beliau seorang surirumah tangga sepenuh masa dan tiada kemahiran untuk jaminan diri sendiri.Kerja sehari-hari hanya di rumah.Walaupun kerja sebagai surirumah lagi banyak dari kerja pegawai di pejabat.Beliau tak pernah merungut,tak pernah mengeluh.Beliau ikhlas berkhidmat demi keluarga tercinta,untuk anak-anak seramai 3 orang.

Beliau bersyukur walaupun suami hanya bekerja sebagai kerani dengan pendapatan yang tak seberapa,alhamdulillah cukup makan dan pakai cuma tak boleh bersenang lenang bercuti sana sini atau berpakaian jenama seperti sesetengah orang.

Beberapa tahun kemudian,suami beliau dinaikkan pangkat dan dah tentu gaji dinaikkan.Alhamdulillah rezeki dari Allah dan rezeki anak-anak.Rupanya sangkaan beliau panas hingga ke petang,rupanya hujan di tengahari.Rumahtangga yang dulu bahagia,yang dulunya indah dilanda badai oleh perbuatan suaminya sendiri.Suami yang diagung-agungkan sebelum ni berubah laku hanya kerana merasa senang dengan kehidupan selepas dinaikkan pangkat.

Beliau tak menyangka suami sendiri tergamak mengkhianati cinta dan kasih sayang yang beliau curahkan selama ini.Sebelum itu,ada jugak jiran tetangga mengadu perihal suaminya curang tapi beliau tak mudah percaya dengan mulut orang.Suatu hari tuhan maha kaya dan maha adil,beliau ternampak kemesraan suami dengan seorang wanita yang muda,cantik dan sangat bergaya bagi beliau.

Hati terasa dihiris-hiris,jantung bagai ditikam!Tapi beliau tak semudah isteri-isteri lain yang akan buat satu tindakan drastik.Beliau tenangkan hati dan balik ke rumah dengan seribu macam rasa.

Hari demi hari suami beliau makin berubah,makin lupa tanggungjawab terhadap anak isteri.Tahap kesabaran manusia terbatas.Beliau nakkan penjelasan dari suami.

Dan bagai ditusuk pisau,si suami dengan tenangnya mengaku bahawa dia mencintai perempuan lain.Tiada lagi kata-kata yang mampu diucapkam selain memikirkan masa depan anak-anak dan diri sendiri yang selama ini hanya bergantung harap pada suami.

Beliau berdoa siang malam berharap suami berubah dan kembali kepada beliau juga anak-anak.Tapi sampai bila?Atas nasihat seorang rakan baik,beliau nekad untuk berubah demi anak-anak.Alhamdulillah bakat yang tuhan bagi beliau gunakan dengan sebaik-baiknya.

Beliau mengambil tempahan kek,gubahan hantaran dari jiran dan kawan-kawan.Saat diri tiada modal untuk mulakan,beliau tebalkan muka dapatkan deposit dari pelanggan untuk siapkan tempahan kerana diri sendiri tiada simpanan.

Alhamdulillah,sekarang beliau mempunyai bakery sendiri dan dalam proses uruskan perceraian dengan suami.Tiada lagi peluang pada si suami walaupun di hati masih bersisa rasa sayang.

Pesanan beliau kepada saya "usah terlalu bergantung harap pada suami kerana belum tentu suami jadi hak kita selamanya" akan saya simpan kemas dan jadikan panduan untuk diri sendiri.

Bagi saya,para isteri berhak cari pendapatan sendiri untuk bantu suami tapi berpada-pada jangan sampai terabai tanggungjawab terhadap rumahtangga.

Bukan untuk cipta provokasi tapi sekadar berkongsi apa yang saya tau.Bukan niat saya untuk lukakan hati mana-mana pihak.
Wassalam,sampai jupe lagi

Sharing is caring,
Caring is love!

No comments: