Navigation

Bukan diriku

Rasa dah lama tak update blog.hehehe...Kebizian melanda.Yela kan last week banyak kerja nak dibuat untuk open house raya.Maklum ajer la tukang belinya sorang,tukang sedia bahannya sorang,tukang masaknya pun sorang,tukang tulis blog pun sorang so tak nyempat lerr nak update.

Kalo korang nak tau,syyyyytttttt diam-diam je tau.Menu open house hari tu semuanya baru bagi aku.First time mencuba tapi alhamdulillah semua menjadi dan semua memuji.hehehe...Kalau bagitau mesti orang tak caya aku yang buatkan semua tu.Yela kan,emmm aku ni boleh ke?Aku pun tertanya-tanya jugak,boleh ke?hehehe.Jawapannya SEDAP!!!

Cam tak caya je,5 ekor ayam pencen aku buatkan rendang.Kuah kacang pulak guna 3kilo kacang yang digoreng dengan minyak dan ditumbuk.Tumbuk pakai lesung batu tau,tak main la blend-blend ni,rasa lari..hhehehe...

Lepas tu aku buatkan kuah laksa guna ikan kembung 2kilo.Buatkan sayur lodeh sikit sebab tamunya 1malaysia,ada chinese,ada indian,ada benggali dan orang melayu ofkos la dah merasa menu biasa ni kan.

Oleh kerana jemput tamu 1 malaysia,jadi kena la tunjukkan menu asli raya kita.Dorang makan tambah 3 4pinggan u ollsz!!Aku dan hubby suka giler tengok dorang makan.Hilang rasa penat bila makanan yang kita masak dijamah orang sampai licin periuk.

Emmm,tengah-tengah masak hubby cakap,cukup ke makanan ni,Aduhhhhh....terfikir jugak apa menu lagi nak dibuat ni.Tupp,tupp hubby keluar beli ayam bandar 2ekor lagi,dibuatnya ayam goreng rempah reka sendiri.hehehe,licinnnnn u..

Untuk dessert pulak,aku buatkan 3paket agar-agar buah koktel dan jelly caramel.Resepi caramel tu dari http://rieza-mylovelyjourney.blogspot.com/ sedap dan senang nak buat,tq yer for resipi.

Tapi,aku rasa sangat-sangat rugi sebab tak sempat nak snap pic menu dan tetamu yang datang.Segalanya terlupa gara-gara terlalu bizi.Emmm,tak best bercerita jika takde gambar kan??Yang pasti,majlis kali ni jadikan pengalaman dan panduan untuk hari yang akan datang.

P/s:Jangan lupa abadikan setiap apa yang u ollsz lalui.Kamera mesti sentiasa ada dalam poket.hehehe.

1 comment:

Riza Molinda said...

wah..dah buat ek jely karamel tu...nyummy kan!!hehe...